Catatan

Highlights Kenangan sebagai Freshie di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Imej
Keputusan semester 2 sesi 2019/2020 telah diumumkan, maka secara rasminya berakhirlah  freshman year  aku sebagai pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu) . Pada semester hadapan aku akan memulakan tahun kedua pengajian dan bakal menerima junior buat kali pertama kerana sistem pengambilan perdana UKM hanya dilakukan sekali setahun melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU). Oleh demikian, selama setahun kami freshie bergelar junior. Dalam postingan ini, aku ingin catatkan beberapa kenangan sepanjang tahun pertama di UKM, khususnya semester pertama, kerana pada semester kedua kuliah secara atas talian bermula akibat wabak COVID-19. Result kitewww! Dapat surat ucapan tahniah dari KDO <3 Sama seperti para freshie yang lain, aku turut bertatih pada semester pertama untuk memahami segala sistem pengajian di UKM dan bidang pengajian baharu aku. Meskipun aku merupakan lepasan diploma dan sed...

Sarjana Muda Persuratan Melayu, UKM

Apa itu Persuratan Melayu? Aku pasti, sekiranya ada sesiapa yang mencari program pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sudah pasti akan terjumpa program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu). Mesti dalam benak akan automatik terfikir, 'oh, belajar tulis surat ke?' Atau mungkin, 'nanti kerja di Pos Malaysia?' Jangan berdalih, sebab aku sendiri terfikir demikian pada mulanya. Selepas membuat pencarian di internet, baru aku faham bahawa Persuratan Melayu merujuk kepada Kesusasteraan Melayu. Almaklumlah, pada hari ini kita lebih mesra dengan istilah "kesusasteraan" berbanding "persuratan". Kendatipun begitu, kedua-dua istilah merujuk kepada bidang yang sama. Jadi disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kesusasteraan Melayu, maka aku meletakkan program ini sebagai pilihan pertama dalam sistem permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) dan itu merupakan sebuah pilihan yang tepat. Di si...