Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Sarjana Muda Persuratan Melayu, UKM

Apa itu Persuratan Melayu? Aku pasti, sekiranya ada sesiapa yang mencari program pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sudah pasti akan terjumpa program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu). Mesti dalam benak akan automatik terfikir, 'oh, belajar tulis surat ke?' Atau mungkin, 'nanti kerja di Pos Malaysia?' Jangan berdalih, sebab aku sendiri terfikir demikian pada mulanya. Selepas membuat pencarian di internet, baru aku faham bahawa Persuratan Melayu merujuk kepada Kesusasteraan Melayu. Almaklumlah, pada hari ini kita lebih mesra dengan istilah "kesusasteraan" berbanding "persuratan". Kendatipun begitu, kedua-dua istilah merujuk kepada bidang yang sama. Jadi disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kesusasteraan Melayu, maka aku meletakkan program ini sebagai pilihan pertama dalam sistem permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) dan itu merupakan sebuah pilihan yang tepat. Di si...