Highlights Kenangan sebagai Freshie di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keputusan semester 2 sesi 2019/2020 telah diumumkan, maka secara rasminya berakhirlah freshman year aku sebagai pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu) . Pada semester hadapan aku akan memulakan tahun kedua pengajian dan bakal menerima junior buat kali pertama kerana sistem pengambilan perdana UKM hanya dilakukan sekali setahun melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU). Oleh demikian, selama setahun kami freshie bergelar junior. Dalam postingan ini, aku ingin catatkan beberapa kenangan sepanjang tahun pertama di UKM, khususnya semester pertama, kerana pada semester kedua kuliah secara atas talian bermula akibat wabak COVID-19. Result kitewww! Dapat surat ucapan tahniah dari KDO <3 Sama seperti para freshie yang lain, aku turut bertatih pada semester pertama untuk memahami segala sistem pengajian di UKM dan bidang pengajian baharu aku. Meskipun aku merupakan lepasan diploma dan sed...