Sarjana Muda Persuratan Melayu, UKM
Apa itu Persuratan Melayu?
Aku pasti, sekiranya ada sesiapa yang mencari program pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sudah pasti akan terjumpa program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu). Mesti dalam benak akan automatik terfikir, 'oh, belajar tulis surat ke?' Atau mungkin, 'nanti kerja di Pos Malaysia?' Jangan berdalih, sebab aku sendiri terfikir demikian pada mulanya.
Selepas membuat pencarian di internet, baru aku faham bahawa Persuratan Melayu merujuk kepada Kesusasteraan Melayu. Almaklumlah, pada hari ini kita lebih mesra dengan istilah "kesusasteraan" berbanding "persuratan". Kendatipun begitu, kedua-dua istilah merujuk kepada bidang yang sama. Jadi disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kesusasteraan Melayu, maka aku meletakkan program ini sebagai pilihan pertama dalam sistem permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) dan itu merupakan sebuah pilihan yang tepat.
Di sini aku sertakan beberapa subjek major dalam program Persuratan Melayu:
Kemas kini 08/07/2024: Senarai subjek ini hanya terpakai untuk sesi 2019/2020 hingga 2021/2022. Untuk senarai yang terkini, sila semak di laman rasmi BITARA MELAYU.
Tahun 1
- Pengantar Pengajian Melayu
- Pengantar Kajian Bahasa Melayu
- Adat Istiadat Melayu
- Sastera Rakyat
- Teori dan Kritikan Sastera
- Puisi Melayu
- Cerpen Melayu
Tahun 2
- Novel Melayu
- Sastera Hikayat
- Penulisan Kreatif
- Pelancongan dan Produk Budaya
- Budaya Popular
- Sastera Islam
- Kajian Manuskrip Melayu
- Metodologi Penyelidikan
Tahun 3
- Sastera Bandingan
- Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan
- Estetika dan Produksi Pementasan
- Industri Budaya
- Pemuziuman Budaya
- Pengurusan Sastera
- Sastera Sejarah
- Penulisan Ilmiah
- Latihan Industri
Subjek-subjek yang disenaraikan di atas hanyalah subjek major bagi program ini. Ia belum termasuk dengan subjek-subjek wajib universiti, fakulti dan CITRA (elektif bebas) yang lain yang perlu diambil oleh semua mahasiswa UKM. (Kemas kini 08/07/2024) Untuk struktur pengajian yang lebih lengkap, rujuk sini.
Untuk pengetahuan kalian, program Persuratan Melayu terletak di bawah Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU). Satu lagi program yang terdapat di bawah BITARA ialah program Pengajian Bahasa Melayu. Ada beberapa subjek yang bakal diambil oleh kedua-dua program, jadi pelajar Persuratan Melayu dan Pengajian Bahasa Melayu bakal berkongsi kelas yang sama.
Sekiranya kalian berminat dalam bidang kesusasteraan Melayu, khususnya dalam kesusasteraan tradisional dan juga kebudayaan Melayu, jangan teragak-agak untuk meletakkan program ini sebagai pilihan pertama kerana kita memerlukan lebih ramai pelapis pada masa hadapan agar bidang ini tidak ditelan zaman. Di UKM, kalian akan berpeluang menuntut ilmu dengan pakar-pakar dalam bidang Pengajian Melayu di Malaysia.
Kemas kini 08/07/2024
Aku merupakan pelajar batch 2019/2020 dan telah tamat pengajian dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2022. Setahu aku, subjek-subjek major dalam program ini belum ada perubahan. Sekiranya ada, aku akan cuba kemas kini lagi. Kebetulan, aku sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu secara penyelidikan di tempat yang sama. Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi aku melalui LinkedIn di Faris Idzwan. Doakan semoga aku dapat selesaikan tesis Sarjana Falsafah aku secepatnya dan semoga suatu hari nanti aku dapat menjadi pelapis untuk sarjana dalam bidang Pengajian Melayu yang kian berkurang pada masa ini.
Apa skop pekerjaan dalam bidang ni ye? Boleh ke jadi cg?
BalasPadamJawapan ringkas, tidak. Alasan, kerana program ini tiada ikhtisas pendidikan. Tetapi sekiranya berminat mahu menjadi guru, jangan gusar, kerana masih boleh melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) seperti beberapa senior saya. Bagi menjawab persoalan tentang skop kerja, saya sebutkan beberapa sahaja pekerjaan yang berkaitan langsung, misalnya menjadi penulis kreatif, penulis konten, penyelidik sastera/budaya Melayu, penterjemah, editor buku/majalah/akhbar/dsb., wartawan, kurator muzium/galeri, ahli kebudayaan, pengurus produksi teater, bekerja di penerbitan buku dll., atau mana-mana pekerjaan yang berkaitan dengan kesusasteraan, kebudayaan mahupun kesenian Melayu yang mungkin agak langka di cuping kita tetapi pekerjaan tersebut sudah lama wujud.
PadamHarap ia menjawab persoalan.
Kalau saya ambik course ni, mcm mana saya nak mohon menjadi guru atau diperingkat master saya nk sambung apa ye
BalasPadamSepengetahuan saya, laluan bagi menjadi guru bagi lepasan program ini adalah melalui Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Ada beberapa daripada kalangan senior saya sendiri yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat DPLI, sama ada di UKM sendiri mahupun di UM.
PadamHye sy nak bertanya,berapa ye pointer untuk masuk kos ini?saya pelajar stpm 2022
BalasPadamHai! Berdasarkan laman sesawang UKM, PNGK minimum bagi lepasan STPM adalah 2.50 and MUET band 2. Andai kata PNGK awak sudah melepasi, cubalah mohon untuk ambilan UPU nanti. Insya-Allah, kalau ada rezeki, mana tahu dapat!
PadamAntara program pengajian bahasa melayu dgn persuratan melayu mana lebih baik
BalasPadamSaudara masuk course ini pakai result ape ye ? Stpm ke ?
BalasPadamMencabar tak course ni?saya dapat tawaran course ni hehe
BalasPadam