Highlights Kenangan sebagai Freshie di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keputusan semester 2 sesi 2019/2020 telah diumumkan, maka secara rasminya berakhirlah freshman year aku sebagai pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu). Pada semester hadapan aku akan memulakan tahun kedua pengajian dan bakal menerima junior buat kali pertama kerana sistem pengambilan perdana UKM hanya dilakukan sekali setahun melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU). Oleh demikian, selama setahun kami freshie bergelar junior. Dalam postingan ini, aku ingin catatkan beberapa kenangan sepanjang tahun pertama di UKM, khususnya semester pertama, kerana pada semester kedua kuliah secara atas talian bermula akibat wabak COVID-19.

Result kitewww!

Dapat surat ucapan tahniah dari KDO <3

Sama seperti para freshie yang lain, aku turut bertatih pada semester pertama untuk memahami segala sistem pengajian di UKM dan bidang pengajian baharu aku. Meskipun aku merupakan lepasan diploma dan sedia maklum dengan sistem pengajian di peringkat universiti, tetapi tetap terdapat perbezaan antara UKM dengan alma mater aku, iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM). Perbezaan ketara ialah bahasa pengantar yang digunakan di UKM ialah bahasa Melayu, berbanding UiTM yang menggunakan bahasa Inggeris. Justeru aku perlu kuasai kemahiran penulisan akademik dan pembentangan dalam bahasa Melayu, terutamanya kerana bidang aku ialah bidang Pengajian Melayu yang menuntut penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.

Dari sudut struktur pengajian, UKM mempunyai struktur yang menarik dan unik, di mana ia bersifat agak liberal dari sudut pemilihan subjek. Para pelajar diberikan kebebasan yang banyak untuk menentukan subjek CITRA (elektif) sendiri tanpa terikat dengan program major masing-masing. Secara ringkasnya, terdapat lima jenis subjek dalam struktur pengajian di UKM iaitu subjek wajib universiti yang wajib diambil oleh semua mahasiswa UKM; subjek wajib fakulti yang wajib diambil oleh para mahasiswa fakulti tersebut; subjek wajib pusat pengajian yang wajib diambil oleh para pelajar program di bawah sesuatu pusat pengajian; subjek major mengikut program masing-masing; dan akhir sekali subjek CITRA (elektif) di mana para pelajar bebas mengambil apa-apa sahaja subjek yang ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti atau mana-mana fakulti yang ada tawarkannya.

Keputusan semester 1 2019/2020

Untuk semester 1, subjek wajib bagi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) yang aku ambil ialah Pengantar Falsafah. Bagi subjek wajib Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (BAYU) ialah Pengantar Pengajian Melayu dan Pengantar Kajian Bahasa Melayu. Manakala bagi subjek major, aku mengambil subjek Sastera Rakyat dan Adat Istiadat Melayu. Akhir sekali, subjek CITRA yang diambil ialah Pemikiran Islam Kontemporari dan Media Islam & Teknologi dari Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Pentadbiran Pendidikan dari Fakulti Pendidikan (FPEND).

Keputusan Semester 2 2019/2020

Subjek wajib universiti yang diambil sewaktu semester 2 ialah Asas Keusahawanan & Inovasi, manakala subjek wajib FSSK pula ialah Pengantar Sains Sosial. Bagi subjek major Persuratan Melayu, aku mengambil Teori & Kritikan Sastera, Puisi Melayu dan Cerpen Melayu. Bagi subjek CITRA pula, aku memilih Pengenalan kepada Alam & Tamadun Melayu dari Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Wasiat & Hibah dalam Islam dari FPI dan Dimensi Cinta dari Pusat Citra Universiti, namun aku men-drop subjek tersebut pada saat-saat terakhir kerana aku berfikiran bahawa workloads subjek tersebut terlampau membebankan berbanding subjek major aku sendiri, apatah lagi dengan keadaan huru-hara dek COVID-19 yang melanda, lalu aku memilih untuk menyelamatkan diri dari bebanan melampau.

Kolej "PERTAMA DALAM SEMUA!"

Untuk tahun 1, aku ditempatkan di Kolej Dato' Onn (KDO) yang merupakan kolej pertama terbina di UKM. Bersesuaian dengan statusnya itu, struktur binaannya memang agak old school persis dalam filem-filem Melayu terbitan Metrowealth yang berlatarkan cinta di kampus yang aku sering tonton sewaktu kecil dahulu, sambil berangan-angan bakal menjejakkan kaki ke menara gading suatu ketika nanti. Malah sedari kecil lagi aku menyangkan bahawa filem Kuliah Cinta lakonan Yusry KRU dan Erra Fazira sewaktu zaman mereka hangat bercinta suatu ketika dulu dilakonkan di UKM, namun usai sahaja aku bergelar mahasiswa UKM barulah aku sedar bahawa sangkaanku itu meleset jauh. Rupanya filem tersebut dilakonkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan bukanlah UKM! Beria-ria aku semenjak kecil lagi menaruh cita-cita ingin menuntut di UKM hanya gara-gara filem tersebut (kisah benar). Namun tidak mengapalah, setidaknya aku sudah di sini, jadi eloklah aku mulakan kuliah cinta aku sendiri (eh, tiberrr!).

Gambar google jew!

Rakan sebilik aku untuk tahun 1 ialah Lat atau nickname lain yang aku seorang sahaja pakai ialah Nyot (aku pun tak tahu macam mana boleh terpanggil Nyot, tapi lekat sampai sekarang) yang merupakan freshy dari program Sains Politik yang berasal dari Kedah, namun mempunyai latarbelakang Kelantan (IC Nyot 03 okay!). Pun begitu, tidak pernah sesekalipun kami berkomunikasi menggunakan loghat Kelantan. Pada kebiasaannya kami banyak menggunakan bahasa Melayu pasar yang bercampur-baurkan dengan loghat Kedah, walaupun hakikatnya tidak pernah sekalipun seumur hidup aku tinggal di Kedah mahupun mempunyai crush dari Kedah kerana taste aku hanyalah buat orang Selangor dan Johor sahaja (ah tiber lagi, bukan?). Nyot caring (dan cringe) orangnya kerana selama aku bergelut dengan masalah eating disorder (Bulimia Nervosa), dia lah satu-satunya orang yang nampak dan tahu, serta tidak putus-putus risaukan aku. Namun dalam pada itu, perangai Nyot boleh dikatakan amatlah tidak senonoh (yang tahu tu tahu lah KAH!). Untuk tahun 2 nanti aku belum pasti siapakah yang bakal menjadi rakan sebilik aku kerana penempatan serta pemilihan dilaksanakan oleh pihak kolej secara rawak. Ataupun mungkin aku bakal tiada rakan sebilik langsung sekiranya pihak pentadbiran kolej mempertimbangkan permohonan aku untuk ditempatkan di bilik jenis single room (UPDATE 21/09/2020: aku dapat bilik single, jadi yayyy tak ada roommate untuk tahun 2 nanti!)

Roommate kiteww yang rempit gila!
P.s: Kami memang ada seluar & baju yang kaler sama, bukannya kami kongsi pakaian okay!!!

Study Partner kitewww!

Aku dan Syuk sebenarnya secara tidak sengaja menjadi rapat, walaupun pada peringkat awalnya aku tidak sekalipun mengendahkan kewujudan lelaki dari daerah Syed Saddiq ini. Kami mulai rapat sekitar hujung semester 1 apabila Syuk sering-sering menyinggah ke kamar aku untuk mengulangkaji pelajaran bersama di minggu peperiksaan akhir. Sedari itu lah kami merasa serasi untuk belajar dan bekerja bersama, jadi apabila di semester 2 kami terus berada dalam satu kumpulan tugasan yang sama. Sepanjang musim kelas di alam maya juga, Syuk merupakan antara orang yang paling kerap berhubung dengan aku berkenaan pelajaran dan membuat lawak hambarnya. Adakalanya aku akan terima pesanan WhatsApp dari Syuk secara rawak sekali, namun setidaknya aku tiada lah merasa kesunyian kerana masih ada orang yang berterusan berkomunikasi, walaupun sekadar membuat lawak tak menjadi (tapi aku masih support kan?).

Study partner kitewww, hiks! <3

Aku patut titipkan sedikit kredit kepada Syuk kerana dia merupakan push factor aku yang utama untuk menjadi serius dalam pelajaran dan berdisiplin dengan waktu. Kami pernah berjanji untuk bersama-sama menaikkan CGPA kami dan bergraduasi dengan CGPA yang cemerlang nanti! Tahniah Syuk untuk keputusan semester 2 yang jauh lebih baik dari sebelum ini. Untuk semester yang akan datang, kita cuba buat yang lagi baik okay??!! 

Posmen <3

Ini aku selitkan beberapa kepingan gambar para Posmen yang ada dalam simpanan aku. Kalau buruk, salahkan diri sendiri okay? :p

Persuratan Melayu Tahun 1 2019/2020 <3

Usai peperiksaan akhir semester 1 2019/2020

Lelaki Persuratan Melayu 2019/2020

Myo, Khai & Paghis



Suraya, kakyong Posmen <3

Cako, abang long Posmen!

Nas, abang ngah Posmen!

Cako, Nas & Khai
3 beradik Posmen

Fatihah, kak cik Posmen

Fatimah, Lin & Atikah
Kumpulan Mentor-mentee Dr. Yuszaidy

Mariyatul & Mek
Ceti Posmen

Murni, ikon cantik Posmen

Murni, Balqis Nana (belakang) & Wani

Ayie & Epul (partner in crime giteww!)

SPECIAL APPEARANCE (not my classmate but my supporter all the way from UiTM PALAM)

Danial Muhayat. Check his work here.


Highlights of Freshman Year 2019/2020!

Membawa watak ibu tunggal sewaktu aktiviti Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) KDO 2019/2020

Last minute plan ke Melaka



Sambutan Mid-Autumn Festival bersama kelas Mandrin UKM



Sungai Chilling, Selangor
P.s: Sebuah kejadian telah berlaku sewaktu pulang namun terpaksa dirahsiakan (siapa yang pergi trip ni tahu lah apa yang jadi)



Bengkel bahasa Tamil, KDO

Forum Canai Bahasa & Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)




Ulasan

  1. Hi nak tanya!, saya student first year media comm fakulti sains sosial. Bahasa asing wajib amik ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai! Ya, bermula batch 2020/2021 dan seterusnya, bahasa asing telahpun diwajibkan. Kami batch terakhir (2019/2020) yang tidak diwajibkan untuk ambil bahasa asing.

      Padam
  2. Hello, saya nak bertanya, selalu first semester student dapat kolej ke atau selepas dapat tawaran masuk kena buat permohonan kolej ya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sarjana Muda Persuratan Melayu, UKM